Jepun merancang untuk menunjukkan kekuatan mereka di Copa America ketika pasukan kendalian Hajime Moriyasu membuat penampilan kedua di kejohanan ini dan diundi berada di Kumpulan C bersama-sama dengan bekas juara, Chile.
“Saya sangat tidak sabar untuk bermain di Copa America, ia adalah salah satu kejohanan peringkat tertinggi di dunia,” katanya Moriyasu.
“Bagaimanakah kami dapat menunjukkan kekuatan dan cara kami bermain, itulah yang kami ingin cari dalam kejohanan ini,”
Jepun mungkin bukan antara kegemaran tetapi Moriyasu menegaskan pemainnya telah tiba di Brazil dengan misi untuk mencipta kemenangan.
ブラジルでの初練習。サンパウロ在住の子供達など多くの方々が応援にかけつけて下さいました。#jfa #daihyo #SAMURAIBLUE #CopaAmerica #コパアメリカ pic.twitter.com/2EyksHkCzZ
— サッカー日本代表 🇯🇵 (@jfa_samuraiblue) June 13, 2019
“Kami akan bermain untuk memenangi gelaran, tetapi yang pertama dan terpenting bagi kami ialah bermain perlawanan demi perlawanan dan melakukan yang terbaik di setiap perlawanan, kemudian memikirkan yang akan datang,” kata jurulatih berusia 50 tahun itu.
Sebelum ini, Moriyasu telah menyatakan bahawa Copa America adalah medan memanas badan menjelang Sukan Olimpik yang akan diadakan di Tokyo tahun depan.
Jepun tiba di Brazil pada hari Rabu dan akan turun menentang Chile pada perlawanan pertama mereka.