Luar Negara Berita

Kesebelasan utama Lyon jika pemain bintang mereka kekal

Perpindahan Ferland Mendy ke Real Madrid adalah salah satu jualan besar-besaran yang dibuat oleh kelab Perancis, Lyon selama dekad yang lalu.

Pemain pertahanan kiri Perancis tersebut menandatangi kontrak dengan Los Blancos melibatkan 48 juta euro, di mana penjualan pemain kedua paling mahal daripada Ligue 1 selepas Alexandre Lacazette ke Arsenal untuk 53 juta euro.

Penjaga gawang no. 1 Perancis, Hugo Lloris berpindah ke Tottenham Hotspur dengan bayaran 12.6 juta euro, manakala Valencie mendapatkan Mouctar Diakhaby dengan bayaran 15 juta euro.

Dejan Lovren ke Southampton pula memakan kos sebanyak 10 juta euro dan Samuel Umtiti ke Barcelona adalah melibatkan 25 juta euro.

Bagi jualan pemain tengah, Lyon memperoleh 11 juta euro dari Jeremy Toulalan yang menyertai Malaga, 11 juta euro lagi dari perpindahan Miralem Pjanic ke Roma dan sebanyak 41.5 juta euro dari Corentin Tolisso yang menyertai Bayern Munich.

Karim Benzema yang berpindah ke Real Madrid pada 2009 menelan belanja sebanyak 35 juta euro, manakala Hatem Ben Arfa ke Olympique de Marseille melibatkan sebanyak 12 juta euro.

Secara keseluruhannya, Marca melaporkan bahawa Lyon memperoleh 280 juta euro dari jualan tersebut.