Malaysia Berita

Harimau Malaya melonjak naik ke tangga 159 dunia

Kemas kini terbaharu ranking yang dikeluarkan oleh FIFA menunjukkan peningkat buat skuad negara berbanding bulan lalu.

Malaysia berjaya melonjak naik 9 anak tangga untuk menduduki tangga ke 159 dunia dengan pungutan mata 1009 berbanding bulan lalu di tangga ke 168 dunia.

Faktor positif ini disebabkan kemenangan Malaysia ke atas Timor Leste pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 minggu lalu.

Ranking Harimau Malaya | 14 Jun 2019Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 159 dunia, berjaya…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Friday, 14 June 2019

Di tangga ke 160, jiran serantau Indonesia dengan pungutan mata 1005 berbeza empat mata dengan Malaysia. Manakala Singapura pula berada di tangga ke 162 dengan pungutan mata 999.

Thailand pula turun dua anak tangga dan berada di kedudukan 116 dan Vietnam jauh meninggalkan rakan serantau dengan berada di tangga ke 96 berjaya melonjak naik dua anak tangga.