Luar Negara Berita

‘Ronaldo ajak saya sertai Juventus’ – De Ligt

Cristiano Ronaldo meminta Matthijs de Ligt untuk menyertai beliau di Juventus selepas kedua-dua pemain itu bertemu dalam perlawanan akhir Liga Negara-Negara pada awal pagi tadi.

De Ligt akur dengan kekalahan tipis 1-0 ke atas Juara Eropah 2016 dan dilihat ketawa dengan Ronaldo selepas wisel tamat perlawanan dibunyikan.

“Ronaldo meminta saya untuk pergi ke Juventus,” kata De Ligt seperti yang dipetik oleh Football Italia.

“Saya terkejut dengan permintaannya, itulah sebabnya saya ketawa.

“Saya tidak faham pada mulanya.”

Pemain muda Belanda ini telah menjadi sasaran beberapa kelab utama Eropah dengan Barcelona, Paris Saint-Germain dan Juventus dilihat calon utama untuk mendapatkan tandatangannya.

“Saya akan bercuti sekarang,” katanya.

“Saya akan fikirkan apa yang terbaik untuk saya dan kemudian saya akan membuat keputusan.

“Ia penting untuk pemain muda bermain, itu satu-satunya perkara yang saya pasti.”