Luar Negara Berita

Piala Dunia Wanita : England mula langkah kanan, Itali cipta sejarah dan Brazil mudah atasi Jamaica

Hari ketiga Piala Dunia Wanita telah menyaksikan tiga perlawanan penting berlangsung semalam dengan England memulakan kempen mereka di peringkat kumpulan dengan kemenangan, Brazil pula berjaya membelasah Jamaica dan Itali mencipta sejarah apabila menang ke atas Australia.

Bagi perlawanan England menentang Scotland, ia adalah permulaan yang baik tetapi terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh England jika mahu meneruskan kemaraan mereka.

Pasukan kendalian Phil Neville kelihatan gugup pada permulaan permainan tetapi mereka berjaya mengatasi kelemahan tersebut dengan mendominasi sebahagian perlawanan.

Kemenangan 2-1 ke atas Scotland telah meletakkan mereka dikedudukan yang baik menjelang perlawanan kedua nanti.

Di bahagian lain Perancis, terjadi satu perlawanan dramatik di mana Itali berjaya menundukkan Australia pada akhir minit perlawanan.

Bintang Juventus, Barbara Bonansea muncul wira apabila beliau berjaya memberi jaringan kemenangan kepada Azzuri dengan gol tandukan minit akhir perlawanan.

Beliau sebelum ini hampa apabila jaringan beliau dibatalkan oleh Video Bantuan Pengandil (VAR) yang berjaya menampak beliau berada di dalam kedudukan ofside.

Bagi perlawanan Brazil menentang Jamaica pula, tiga jaringan yang dihasilkan membolehkan mereka mengutip tiga mata penuh menewaskan Jamaica.

Itali juga telah berjaya mencipta kemenangan pertama dalam masa 20 tahun dalam kejohanan Piala Dunia Wanita.

Apa yang lebih menarik, ketiga-tiga gol tersebut telah dijaringkan oleh Cristiane Rozeira, pemain senior dalam skuad Brazil.

Beliau juga mencipta sejarah apabila menjadi penjaring paling senior, berumur 34 tahun menjaringkan gol di pentas Piala Dunia Wanita.

Tambahan daripada itu, Rozeira juga telah berjaya meletakkan beliau selaku penjaring terbanyak setakat ini dengan tiga gol.