Luar Negara Berita

Virgil van Dijk dalam senarai calon Ballon d’Or

Anugerah tertinggi lebih kerap dimenangi oleh penyerang berbanding pemain pertahanan, tetapi untuk apa yang telah dilakukan oleh Virgil van Dijk, beliau bakal mengubah budaya itu.

Pemain pertahanan tengah ini baru sahaja dianugerahkan Pemain Terbaik Liga Perdana Musim Ini dan persembahan beliau yang baik ketika menentang Tottenham telah membolehkan Van Dijk mengambil anugerah Pemain Terbaik Perlawanan semalam.

Setelah memainkan peranan penting dalam kejayaan Liga Juara-Juara untuk Liverpool, bekas pemain Southampton itu kini muncul sebagai calon untuk anugerah Ballon d’Or.

Tekanan yang diberikan Spurs pada separuh masa kedua dan persembahan Van Dijk yang tenang mengawal perlawanan telah membuktikan mengapa beliau perlu memenangi anugerah tersebut.

Van Dijk juga boleh meraikan gelaran lain dalam masa terdekat, dengan Belanda, ketika mereka bertemu England dalam separuh akhir Liga Bangsa-Bangsa UEFA, menjelang perlawanan akhir pada 9 Jun.