Liga Super Malaysia Berita

Luqman mahu rendah diri

Bekas pemenang kasut emas Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 16 Tahun (B-16) 2018, Luqman Hakim Shamsuddin bertekad tidak mahu terbuai di dalam mimpi.

Justeru, beliau mahu meningkatkan mutu permainan beliau dan menjadikan kejayaan sebelum ini sebagai pemangkin semangat.

“Bagi saya, apa juga laporan mengenai saya dan kejayaan sebelum ini biarlah jadi sejarah. Sebagai pemain saya tidak boleh terus berpuas hati.

“Saya kena terus bekerja keras untuk cuba baiki prestasi sendiri sekali gus mampu tampil lebih baik,” katanya.

Beliau juga telah berjaya masuk ke dalam senarai kesebelasan terbaik Kejohanan Bola Sepak Piala Sanix 2019.