Luar Negara Asia

5 Pemain Asia Yang Menyerlah Dalam Kejohanan Piala Dunia FIFA U20 2017

Selepas pasukan Arab Saudi tewas 0-1 kepada Uruguay pada hari Rabu yang lalu, menandakan berakhirnya cabaran pasukan dari Asia dalam kejohanan Piala Dunia FIFA U20 2017. Dan ini juga merupakan kali pertama pasukan dari Asia gagal layak saingan suku akhir sejak edisi 2011.

Disebalik kegagalan yang berlaku, kejohanan ini telah memberikan sesuatu yang positif terutamanya kepada pemerhati bola sepak Asia kepada persembahan oleh beberapa pemain muda yang mempunyai masa depan cerah bersama kelab atau pun skuad kebangsaan masing-masing.

1) JAPAN – Ritsu Doan

Pemain tengah berusia 18 tahun ini tampil dalam kejohanan Piala Dunia FIFA U20, membawa bersama prestasi cemerlangnya di Gamba Osaka. Doan digambarkan sebagai watak penting yang membawa Jepun layak ke pusingan kalah mati.

2 gol dijaringkan ketika Jepun ketinggalan 0-2 kepada Italy dalam peringkat kumpulan, layak mengankat Doan sebagai prospek penting bola sepak Jepun dimasa depan.

Sebelumnya
Halaman 1 / 5