Malaysia Berita

Isu pampasan kontrak : Frank Bernhardt mungkin akan membuat laporan ke FIFA

Pemecatan yang tak ikut prosedur mungkin akan menyaksikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilanda masalah besar sekiranya bekas pengendali skuad Malaysia U22, Frank Bernhardt membawa isu pemecatannya ke badan bolasepak dunia, FIFA. 

Menurut bekas pemain yang enggan namanya disiarkan berkata, tindakan melulu FAM mengumumkan pertukaran barisan jurulatih tanpa melalui proses yang betul boleh menyebabkan FAM dikenakan hukuman yang berat daripada FIFA. Berdasarkan peraturan sedia ada, mana-mana majikan harus menyerahkan surat tunjuk sebab atau surat peringatan pertama kepada jurulatih bagi menaikkan prestasi pasukan.

Frank Bernhardt ketika mengendalikan latihan pasukan Malaysia bawah 22 tahun.

Dalam isu ini, Frank Benhardt langsung tidak dimaklumkan lebih awal mengenai pemecatannya sebaliknya beliau hanya mengetahui daripada media. Pemecatan Benhardt diumumkan oleh Presiden FAM yang baharu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada sidang media pertamanya selepas selesai kongress FAM yang ke 53 tanpa kehadiran jurulatih itu yang sedang mengharungi saingan Piala Dubai 2017 di UAE. 

Menurut Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia, B. Sathianathan berkata pengendali asing yang berkhidmat disini mempunyai hak untuk terus membuat laporan ke FIFA jika mereka mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan kontrak berbeza dengan pengendali tempatan dimana mereka hanya perlu bawa kes ke FAM. 

Sathianathan turut menambah isu pampasan kontrak perlu mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak. Jika Bernhardt tidak bersetuju dengan tawaran pampasan 3 bulan oleh FAM, itu masih boleh dibincangkan. 

Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan berkata, sepanjang 29 tahun bersama badan itu dari 1978-2007, beliau tidak pernah berdepan isu mengenai kegagalan persatuan bola sepak sesebuah negara menyelesaikan tunggakan gaji kepada jurulatih atau pemain.

“Ketika zaman saya dulu, kami (AFC) banyak menerima aduan mengenai hutang antara jurulatih dan pemain dengan kelab saja, tapi kes membabitkan persatuan kebangsaan ini yang pertama kali.

“Sudah tentu jika benar FAM tidak membayar pampasan gaji bekas jurulatih itu (Bernhardt), ia memalukan nama Malaysia serta AFC sekiranya kes berkenaan dibawa ke pengetahuan FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa),” katanya kepada Arena Metro.

sumber:  Harian Metro