Kolum

Perlawanan terakhir Liverpool dan Manchester City bakal tentukan juara Liga Perdana Inggeris

Manchester City berada di tangga teratas Liga Perdana selepas mengalahkan Manchester United di Old Trafford awal pagi tadi.

Kemenangan 2-0 untuk pasukan Pep Guardiola membuka jalan luas bagi mendapatkan gelaran Liga Perdana Inggeris.

City kini berada di tangga pertama dengan 89 mata, dengan Liverpool dibelakang mereka dengan perbezaan satu mata.

Kedua-dua pasukan mempunyai sisa tiga perlawanan yang bakal menentukan takdir mereka buat musim ini.

Adakah Liverpool akan berjaya dalam usaha mereka menamatkan penantian selama 29 tahun atau adakah City yang bakal diangkat selaku juara?

(Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Liverpool v Huddersfield

Liverpool memenangi dua pertemuan dengan Huddersfield pada musim lepas dan tidak kalah dalam 13 pertemuan serta sejak dari tahun 1959.

Huddersfield telah terkeluar daripada saingan Liga Perdana Inggeris musim hadapan – dan kini hanya mengutip 14 mata.

Burnley v Man City 

Turf Moor adalah gelanggang sukar buat Man City untuk beberapa musim lalu dengan keputusan seri dicatatkan City pada pertemuan musim lalu.

Tetapi anak buah Pep Guardiola berjaya menang besar, 5-0 ke atas Burnley pada pertemuan ditempat sendiri dan hanya tewas satu daripada 21 pertempuran kedua-dua kelab.

Burnley kini selamat daripada zon penyingkiran dengan sembilan mata dihadapan Cardiff City dan perbezaan jurang gol yang besar.

(Photo by Victoria Haydn/Man City via Getty Images)

Newcastle v Liverpool 

Newcastle mudah ditewaskan oleh anak buah Jurgen Klopp pada pertemuan di Anfield tetapi Liverpool mempunyai rekod yang kurang baik di St James Park dengan hanya mencatat satu kemenangan dalam tujuh pertemuan – kemenangan 6-0 pada 2013.

Newcastle juga merupakan pasukan terakhir yang mengalahkan Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris.

Pasukan Rafa Benitez kini dijamin kekal untuk musim ini.

Man City v Leicester

Lima kemenangan Man City ke atas Foxes dinafikan pada Krismas lalu dengan anak buah Pep Guardiola tewas di tangan Leicester.

Peluang untuk Man City tewas di tangan bekas pengurus Liverpool, Brendan Rodgers dianggap tipis kerana bermain di halaman sendiri tetapi di dalam bola sepak, segala-galanya boleh terjadi.

(Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Brighton v Man City & Liverpool v Wolves

City hanya bertemu Brighton dalam 20 perlawanan sebelum ini dan telah memenangi ketiga-tiga perlawanan Liga Perdana, termasuk kemenangan 2-0 pada September lalu.

Liverpool pula tewas kepada Wolves pada saingan Piala FA, Januari lalu tetapi menang mudah di Molineux bulan sebelumnya dalam saingan Liga Perdana.

Jadual akhir perlawanan ini bakal menyaksikan penentuan juara sekiranya kedua-dua pasukan menang kesemua baki perlawanan mereka.