Luar Negara Berita

Pogba sedia tinggalkan United

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba akan meninggalkan dari Old Trafford musim panas ini.

Pemain tengah kelahiran Perancis sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, di mana Zinedine Zidane meletakkan Pogba sebagai pemain utama.

Menurut akhbar Perancis, L’Equipe, Pogba telah memutuskan untuk meninggalkan Manchester United musim panas ini jika United gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.

Perlumbaan Red Devils dalam empat teratas dilihat samar apabila tewas di tangan Everton dan terbaru tewas di tangan City awal pagi tadi.

L’Equipe juga melaporkan bahawa Zidane mahu membawa Pogba ke Estadio Santiago Bernabeu pada 2016 tetapi kerana hubungan buruk kelab dengan agen Pogba, Mino Raiola, perjanjian itu tidak menjadi kenyataan.

Pogba mempunyai baki dua tahun dalam kontraknya dan dilaporkan memilih untuk meninggalkan United pada musim panas ini.

Real Madrid dan Paris Saint-Germain adalah antara kelab yang mahu mendapatkan khidmat pemain tengah United tersebut.