Malaysia Berita

Cheng Hoe dapat bayangan kesebelasan utama

Pengendali skuad senior negara, Tan Cheng Hoe mengakui sudah membayangkan kesebelasan utama skuad beliau pada kelayakan Piala Dunia 2022.

Tetapi kesebelasan utama hanya akan diketahui pada 2 jun nanti selepas perlawanan persahabat menentang negara Pakistan, Nepal atau Bangladesh yang masih lagi diuruskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Kami belum lagi memanggil mana-mana pemain dan tiada jaminan kesebelasan utama melainkan mereka menunjukkan prestasi terbaik dalam latihan dan perlawanan persahabatan nanti.

“Sebagai jurulatih saya sudah ada bayangan kesebelasan untuk skuad kali ini dan berharap pemain tidak mendapat kecederaan yang serius namun ia akan diputuskan nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi klinik bola sepak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lambor Kiri, dekat Parit hari ini.

Beliau berkata tonggak skuad B-23 Malaysia iaitu Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba dan Syahmi Safari juga berpotensi untuk berada dalam kesebelasan utama.

“Jika kami tengok dari segi perkembangan dalam Liga Super dengan Terengganu (Tuck) bermain dengan begitu baik dan mempunyai ciri-ciri sebagai pemain kebangsaan selain mempunyai semangat berpasukan yang tinggi, kami harap segala dokumentasinya dapat dipercepatkan dan boleh dapatkan pasport Malaysia secepat mungkin.

“Bukan Lee sahaja malah pemain tempatan juga perlu memberi 100 peratus perhatian dan fokus untuk playoff kali ini dan sudah tentu saya mahukan kesebelasan pemain yang dipanggil nanti mempunyai semangat juang tinggi.

“Kami memerlukan semangat berpasukan dan jika (mengharapkan) Lee seorang sahaja tidak cukup dan kami perlukan pasukan terbaik bagi aksi playoff,” katanya.