Luar Negara Berita

Guardiola mudah tewaskan United, Solskjaer akui City berada pada tahap berbeza

Perbezaan kualiti antara Manchester United dan jiran mereka Manchester City ketara dapat dilihat apabila pasukan Pep Guardiola mudah menewaskan United 2-0 di Old Trafford, awal pagi tadi, kata Ole Gunnar Solskjaer.

“Mereka menetapkan standard baru dalam dua musim lalu dan saya tak tahu berapa mata mereka sudah peroleh. Apa yang Pep Guardiola lakukan terhadap pemainnya adalah mengagumkan dan kami sangat dekat, berhampiran kami jadi kami rasakannya setiap hari,” kata Solskjaer.

United didesak untuk bangkit selepas kekalahan yang memalukan ke atas Everton pada Ahad lalu nyata bermula agresif dengan memberi tentang kepada City yang menjaringkan gol melalui Bernardo Silva pada minit ke-54 sebelum Leroy Sane melebarkan jurang 12 minit kemudian.

“Kami memberi tindak balas dan di penghujungnya kami ditewaskan dengan pasukan yang lebih baik. Tetapi kami juga mendapat sokongan daripada peminat dan pemain cuba melakukannya. Anda boleh lihat bagaimana mereka berusaha di sana, ia bagaimanapun tidak cukup bagus.

“Pemain mahu menunjukkan mereka mengambil berat. Babak pertama adalah positif, kami berpuas hati sehingga ke waktu rehat.

“Malang sekali, gawang kami bolos dalam dua gol akibat cuai pada babak kedua yang mana boleh dielakkan. Semua orang melihat apa yang City lakukan dalam beberapa tahun ini.

(Photo by Tom Purslow/Man Utd via Getty Images)

“Ada perbezaaan daripada segi kualiti. Ini adalah mengapa mereka berada di atas dan di mana kami berada. Mereka sudah mencipta satu standard.0

“Berada di Manchester, kami tidak boleh gembira dengan itu. Ia bergantung kepada kami untuk merapatkan jurang itu dan mengatasi mereka,” katanya

Manakala rakan sejawat Solskjaer iaitu pengendali Manchester City Pep Guardiola memuji pasukannya apabila berjaya menewaskan United bagi meneruskan pemburuan gelaran liga.

“Ini adalah kejayaan mengagumkan buat pemain. Anda tak boleh bayangkan bagaimana sukar apabila terkeluar daripada saingan indah ini (Liga Juara-Juara) apabila kami sudah rasakannya, ia adalah sangat, sangat sukar,” kata Guardiola.

“Kami tewaskan Tottenham di laman sendiri, ia bukanlah persembahan terbaik tetapi ia memberi cahaya kepada kami untuk teruskan saingan di Liga Perdana… tekanan yang kami ada dan cara bagaimana kami bertindak balas. Kadang-kala ia adalah lebih penting.

“Kemudian kami datang ke sini, jiran kami, pasukan paling berprestij di England… menang dengan tekanan yang kami ada dan berada di sini, ia mengagumkan.”