Malaysia Berita

Selangor adakan malam ‘Ladies Night’, Selasa ini

Penyokong bola sepak tidak hanya membabitkan kaum lelaki sahaja.

Melalui inisiatif yang dijalankan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), FAS telah mengadakan promosi ‘Ladies Night’ bagi menggalakan lebih ramai penyokong wanita untuk hadir ke Stadium Shah Alam pada perlawanan Piala FA, Selasa ini.

Ini bermakna, semua wanita daripada semua peringkat umur boleh menonton perlawanan menentang Felda United secara percuma.

“Ayuh ajak mak-mak, isteri-isteri, anak-anak, tunang-tunang, gadis-gadis dan kawan-kawan perempuan anda untuk turun ke SSA (Stadium Shah Alam), Selasa ini.

“Ketahui masuk percuma perlawanan antara Selangor dan Felda United melalui pautan di IG (Instagram) Story kami,” tulis FAS dalam faselangormy.

Selangor masih memegang reputasi sebagai pemenang terbanyak Piala FA (lima kali) dan Piala Malaysia (33 kali), namun tewas dalam perebutan kejuaraan tahun lalu.