Malaysia Berita

Reds boleh dapatkan tiket ke ‘viewing party’ di LFC World

Peminat tegar Liverpool sudah boleh mendapatkan tiket percuma untuk menyertai ‘viewing party’ sempena jelajah LFC World yang dibawakan oleh Standard Chartered di Kuala Lumpur bulan ini.

Mereka boleh mengunjungi laman web https://proticket.com.my/lfc-world-kuala-lumpur-2019/ supaya tidak terlepas peluang menjadi sebahagian daripada the Reds untuk menyaksikan perlawanan antara Liverpool dan Cardiff City pada Ahad, 21 April jam 11 malam.

Selain ‘viewing party’, para peminat juga boleh mengunjungi LFC World yang memberi pengalaman selama dua hari untuk mereka menikmati suasana sebenar LFC World Hub di One Utama Centre Court, Kuala Lumpur dari 20 hingga 21 April 2019.

‘Reds’ juga berpeluang untuk mendengar sendiri pengalaman yang akan dikongsikan oleh legenda LFC, Jason McAteer, Sami Hyypia dan Steve McManaman yang akan berada di sana sepanjang program berlangsung. Terdapat juga peluang untuk memenangi tiket bertemu dengan legenda Liverpool dalam satu sesi ramah mesra. Sesi tersebut akan berlangsung pada Sabtu, 20 April dari jam 12 tengah hari hingga 1 petang membabitkan Jason McAteer, sementara slot bersama Steve McManaman pada jam 3 hingga 4 petang manakala peluang buat peminat bertemu Sami Hyypia akan berlangsung pada Ahad, 21 April dari jam 1 hingga 4 petang.

Peminat yang mengunjungi hub LFC World turut berpeluang untuk memenangi hadiah utama yang mungkin hanya diperoleh sekali seumur hidup iaitu kunjungan ke Anfield bagi menikmati sendiri aksi pasukan Liverpool pada musim 2019/20, tajaan khas oleh Standard Chartered. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web www.WinLFCWorld.com.