Malaysia Berita

Piya tinggalkan Kelantan

Pemain Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi mengambil keputusan drastik dengan meninggalkan pasukan Kelantan biarpun baru sebulan menyertai pasukan tersebut.

KAFA dalam satu kenyataan menerusi Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan menyatakan pendirian mereka untuk meneliti semula mana-mana kontrak pemain yang gaji mereka dibayar oleh pihak KRW Sdn Bhd, dengan jaminan kerjasama My Inspiration Sdn Bhd baru-baru ini.

Keputusan Badhri Radzi ini dilihat mendahului Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang  mahu mengkaji semula kedudukan beliau dan Marko Kraljevic (jurulatin) bersama pasukan Kelantan.

“Sebelum apa-apa keputusan terjadi, lebih baik saya mengambil keputusan mengundurkan diri. Lagipun kepulangan semula ke pangkuan TRW dibuat selepas mendapat tawaran dari Ahmad Fazli Mohammad (MyInspiration Sdn. Bhd),” katanya kepada Berita Harian.

Beliau turut menjelaskan telah menghantar surat penghijrahan keluar kepada KAFA.

“Surat penghijrahkan keluar dari TRW itu sudah diserahkan kepada KAFA pada pukul 3.15 petang tadi (hari ini),” katanya.