Liga Super Malaysia Berita

Kuala Lumpur kejutkan Kedah

Pasukan Kuala Lumpur menamatkan kemarau kemenangan dalam kempen Liga Super dengan menewaskan Kedah, 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.

Bagi pasukan Kedah, kekalahan mengejut ke atas skuad The City Boys meninggalkan mereka dengan pendahulu liga Johor Darul Ta’zim dengan lapan mata.

Ia adalah kemenangan pertama dalam enam perlawanan awal musim ini.

KL terlebih dahulu membuka jaringan menerusi tandukan Luke Zantua untuk meletakkan pasukan The City Boys dihadapan.

Tersentak dengan gol pertama, Kedah bangkit menerusi Fernando Rodriquez pada minit ke-31 menerusi hantaran lintak Anmar Fares Abdul Jabar.

Selepas rehat masa pertama, KL menemui gol kemenangan menerusi Guiherme De Paula selepas situasi kelam kabut dihadapan pintu gol Kedah.