Liga Super Malaysia Berita

Selangor ‘berpeluh’ tumpaskan Hang Tuah

Selangor berjaya menewaskan Melaka pada pertembungan Liga Super semalam hasil daripada dua jaringan Sean Eugene Selvaray di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Dalam perlawanan penuh dramatik, pelawat terlebih dahulu dihadapan hasil daripada jaringan Amri Yahya yang menewakan Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol Melaka pada minit ke lapan.

Melaka kembali menyamakan kedudukan pada minit ke 20 meneruis Patrick Reichelt untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Farizal Harun.

Tersentak dengan gol penyamaan, Amri menambah duka tuan rumah dengan menyumbat masuk gol kedua peribadi beliau selang lima minit selepas itu.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan hasild daripada Reichelt yang menanduk masuk gol kedua pada minit ke-65.

Melaka kembali memimpin permainan selepas menyumbat masuk gol ke tiga melalui pemain tengah mereka Darko Markovic pada minit ke-71.

Selangor yang tidak mahu mengalah membawa masuk Sean Eugene pada minit akhir perlawanan.

Kemasukkan beliau nyata memberi tuah buat pasukan Selangor apabila berjaya menghasilkan dua gol bagi memberi kemenangan kepada Selangor maisng-masing pada minit ke-88 dan ke-90 perlawanan.