Luar Negara Berita

Bekas pemain Sunderland, Adam Johnson dibebaskan dari penjara

Bekas pemain antarabangsa England, Adam Johnson telah dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman tiga tahun untuk kesalahan seks kanak-kanak.

Bekas pemain Sunderland dan Manchester City dijatuhi hukuman tiga tahun kerana melakukan aktiviti seksual dengan peminat berusia 15 tahun pada 2016.

Menurut saksi, Dave Johnson, bapa kepada Adam Johnson dilihat memandu kereta Mercedes keluar dari Penjara Moorland, berhampiran Doncaster, South Yorkshire, pada awal pagi Jumaat.

Turut sama kelihatan adalah van polis yang mengikut kereta Dave Johson daripada belakang. Kereta yang sama kemudiannya kelihatan tiba di rumah Johnson di Castle Eden, County Durham.

(Photo by Nigel Roddis/Getty Images)

Sebelum ini, Johnson mengakui mencium gadis itu tetapi menafikan dakwaan bahawa dia menyentuh gadis tersebut dan melakukan seks oral.

Seorang juri mendapati dia bersalah melakukan aktiviti seksual dengan seorang kanak-kanak berhubung dengan “penembusan digital” tetapi terlepas dari kesalahan  berhubung seks oral.

Hakim dalam kenyataannya berkata, Johnson telah berbohong berulang kali dengan cuba menangguhkan hukumannya untuk membolehkan beliau meneruskan kerjayanya di Sunderland.

Sebagai pesalah seks, Johnson perlu mendaftarkan alamat dan butiran banknya dengan polis dan memaklumkan kepada pegawai polis sekiranya dia perlu ke luar negara.

Bercakap secara ringkas di rumah Johnson, bapanya berkata anaknya boleh membuat kenyataan kepada media di kemudian hari dan meminta para wartawan untuk beredar.