Luar Negara Berita

Sir Alex Ferguson jadi sumber ilham Gareth Southgate

Gareth Southgate mengakui bahawa beliau menimba banyak ilmu berkenaan perkembangan pemain muda selepas membuat pembacaan buku daripada Sir Alex Ferguson.

Southgate telah menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai masalah untuk memberi peluang kepada pemain muda dan bekas pemimpin pembanggunan elit Persatuan Bola Sepak dan bekas pengurus England Bawah 21 telah banyak mempelajari cara bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson dalam menyungkil bakat pemain muda di United, terutama Ryan Giggs.

“Saya fikir ia berlaku kepada semua ; berapa banyak kita mendedahkan mereka (pemain muda) kepada orang ramai, berapa banyak kita meletakkan mereka dalam keadaan komersial,” kata Southgate tentang tanggungjawab kepada pemain muda.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

“Kita perlu memikirkan semua itu sepanjang masa kerana sangat mudah bagi mereka untuk menikmati saat-saat ini, dan mereka perlu menikmati detik-detik ini, tetapi mesti ada keseimbangan yang baik.

“Saya selalu memikirkan Sir Alex dengan Ryan Giggs dan bagaimana dia melakukannya dengan baik. Mereka berjaya kerana itu.

“Jadi, walaupun mereka bukan pemain kami untuk setiap hari, saya fikir kami mempunyai tanggungjawab untuk melakukan itu sebanyak mungkin, kerana kami juga mahu meletakkan mereka ke tahap yang lain dan kami perlu memastikan kami mendapat keseimbangan yang sama daripada kelab.”

(photo by John Patrick Fletcher/Action Plus via Getty Images)

Three Lions melangkah ke tahun 2019 dengan kaki kanan apabila mengalahkan Republik Czech 5-0 pada perlawanan kelayakan Euro 2020, Jumaat lalu.

Pemain sayap Borussia Dortmund, Sancho membantu untuk gol pertama England sebelum pemenang Piala Dunia Bawah 17, Hudson-Odoi dan Declan Rice masuk untuk membuat debut pertama mereka.

“Terdapat persaingan di setiap posisi dan saya fikir dengan permainan menyerang, mereka akan menjadi matang di saat masih muda, dan mereka boleh menjadi sangat muda,” kata Southgate menjelang pertembungan Kumpulan A hari Isnin di Montenegro.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

“Jadi tidak ada masalah untuk beri mereka masa bermain dan kami juga telah jumpa pemain yang kami suka (Hudson-Odoi), tetapi kami tidak pasti bahawa dia dapat menyesuaikan diri dengan tahap ini, agak bernasib baik untuk menemui dia, kerana kita mungkin tidak akan melakukannya di kem ini.

“Kami akan memberikannya sedikit lebih masa di skuad Bawah 21, tetapi sudah terbukti dalam persekitaran ini bahawa dia boleh jadi lebih baik.”