Luar Negara Berita

Eden Hazard nafi capai persetujuan dengan Real Madrid

Eden Hazard menafikan laporan bahawa dia telah bersetuju untuk menyertai Real Madrid selama lima tahun.

Hazard yang masih mempunyai baki kontrak dengan Chelsea bakal berakhir musim depan dan media eropah melaporkan minggu ini bahawa dia telah bersetuju untuk menyertai Real – selepas bercakap terus kepada ketua jurulatih mereka, Zinedine Zidane.

Hazard yang bersama dengan pasukan Belgium buat masa ini menafikan pertanyaan media apabila ditanya mengenai perpindahan ke Real Madrid “tidak ada laporan.

( Photo by Jimmy Bolcina / Photonews
via Getty Images)

“Saya hanya memberi tumpuan kepada perlawanan esok melawan Cyprus.

“Itu sahaja yang saya fikirkan.”

Hazard berada dalam keadaan baik untuk Belgium pada malam Khamis, menjaringkan dua gol ketika mereka memulakan kelayakan Euro 2020 dengan kemenangan 3-1 di Rusia.

Chelsea sebelum ini menolak tawaran sekitar £60 juta untuk Hazard daripada Real Madrid.