Eropah Berita

Neymar Berang Dengan VAR

Bintang muda Paris St Germain (PSG), Neymar menyelar penggunaan sistem penolong pengadil video (VAR) yang mengakibatkan PSG terkandas di pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah dengan Manchester United.

PSG mempunyai rekod yang kebal apabila bermain di halaman sendiri gagal menghalang kebangkitan United apabila penalti pada minit-minit akhir dihadiahkan oleh pengadil selepas bola terkena tangan Presnel Kimpembe.

Penalti itu diberikan selepas reviu VAR mendapati rembatan pertahanan kanan United, Diogo Dalot terkena tangan pertahanan tengah PSG.

(Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Namun keputusan tersebut jelas tidak popular bagi penyerang PSG, Neymar apabila beliau membidas penggunaan VAR dilaman instagram miliknya.

“Ini perkara memalukan!! Mereka meletakkan empat lelaki yang tidak faham bola sepak meneliti ulang tayang gerak perlahan…ia memang tidak munasabah!!!”

“Bagaimana seorang pemain memegang bola dari belakang,” tulisnya dalam Bahasa Portugis di laman Instagram.

Neymar menyertai Brazil dari Barcelona pada Ogos 2017 tidak dapat diturunkan pada aksi Liga Juara-Juara selepas mengalami kecederaan pada Januari.

Misi PSG untuk memenangi kejuaraan Eropah yang belum pernah mereka julang selama ini akhirnya terkubur ditangan United.