Felda United FC menghadapi tugas getir apabila perlu turun menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Pengendali Felda United FC, Mohd Nidzam Jamil mengakui PKNS bukanlah lawan yang mudah selepas pasukan beliau hanya mencatat satu kemenangan dalam lima perlawanan Liga Super sebelum ini.
Manakala Felda United FC pula hanya mencatat tiga keputusan seri, satu kekalahan besar di tangan Kedah dan satu kemenangan ketika menentang PJ City.
Memetik kata-kata beliau kepada Berita Harian, Nidzam Jamil menuntut agar anak buahnya memberi persembahan yang konsisten bagi menyerap asakan PKNS FC.
“Oleh itu, saya mahu pemain tidak berasa rendah diri apabila berdepan PKNS kerana The Fighters sudah membuktikan dalam liga perlawanan sebelum ini.
“Berada di tangga ketujuh liga selepas lima perlawanan menyuntik semangat untuk bermain dengan lebih baik selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas PJ City FC minggu lalu.
“Kemenangan pertama dalam saingan liga musim ini diharap membantu untuk meletakkan kelab ini pada kedudukan terbaik biarpun PKNS dilihat memiliki kelebihan,” katanya.
Beliau turut mengulas lanjut kesebelasan yang bakal dibarisi Azim Rahim, 22 dan Anwar Ibrahim, 20 yang menjadi taruhan kelab itu untuk mengejutkan PKNS.
“Saya percaya dua pemain ini yang dibantu rakan lain akan menjadi nadi utama pasukan mencapai kejayaan,” katanya.