Eropah Berita

‘Penyingkiran yang paling teruk’ De Rossi

AS Roma dikejutkan dengan kekalahan 3-1 ke atas Porto pada pusingan 16, Liga Juara-Juara Eropah hasil bantuan reviu VAR yang memberikan sepakan penalti kepada Porto diakhir-akhir minit perlawanan.

Bagi Kapten Roma, Daniele De Rossi, beliau mengakui kekalahan ini adalah ‘penyingkiran yang paling teruk’ pernah dialami oleh beliau sepanjang menyarung jersi AS Roma.

Ketika mengulas lanjut mengenai jurulatihnya Eusebio Di Francesco yang dilihat mengelak daripada disoal media dan terus menaiki bas pasukan, De Rossi mengakui beliau tidak tahu perkara yang menimpa ketua jurulatihnya sambil media Itali menyifatkan bahawa kekalahan ini menjadi penentu masa hadapan beliau bersama AS Roma.

(Photo by Paulo Oliveira / DPI / NurPhoto via Getty Images)

“Ia memang pahit untuk diterima tetapi kami terpaksa menerimanya. Kami memang pasukan yang ada turun naiknya. Ia bukanlah prestasi terbaik tetapi kami adalah pasukan yang kekal bersatu padu.”

Beliau juga turut mengelak daripada menjawab soal masa hadapan ketua jurulatih Roma.

“Saya harap kami dapat meneruskan kerja bersama dengan dia lagi.

“Saya tidak tahu apa yang bakal berlaku tapi tiada siapa yang dapat mengambil alih apa yang dia sudah lakukan. Esok, kami akan terus bersama dengannya lagi dan kelab akan membuat keputusan,”: katanya.

Bagi Diego Perotti, pemain sayap Roma bersetuju Di Francesco dikekalkan.

“Kami sentiasa memberikan segala-galanya untuk dia, ini memang detik terburuk buat kami, kami semua menykongnya,” katanya.