Pada tahun 2011, pengendali Manchester United ketika itu, Sir Alex Ferguson telah membeli Adnan Januzaj yang berusia 16 tahun daripada Anderlecht selepas melihat beberapa aksi yang dipamerkan oleh anak muda ini.
Dua tahun selepas itu, Januzaj telah melakukan debut pertama bersama United pada perlawanan Piala Sumbangsih dan telah menjaringkan dua gol pada pertemuan liga dengan Sunderland – dia dilihat sebagai bintang masa hadapan yang bakal menyinar di United.
Tetapi selepas permulaan yang cemerlang, Januzaj seperti hilang arah. Dia akhirnya dijual oleh United, bermain untuk tiga kelab berbeza, menjaringkan satu gol pada kempen Piala Dunia tahun lalu dan telah menjadi pemain yang dilupakan.
Mampukan Adnan Januzaj bangkit kembali daripada zaman gelap yang telah menjadikan dia salah seorang bakat muda yang dilupakan?
Permulaan yang baik kepada pengakhiran yang gelap.
Pada musim pertama dia bersama United, Januzaj telah menjaringkan empat gol dan turut mencatat tiga bantuan gol. Pada waktu itu dia berada dibawah bimbingan David Moyes yang dilihat mempunyai keyakinan terhadap anak muda berusia 18 tahun.
Januzaj bermula cemerlang apabila merekodkan 1.1 hantaran dalam masa 90 minit dan 81.6% hantaran tepat. Januzaj juga turut menjadi mangsa kepada terjahan keras di kawasan berbahaya pihak lawan dengan melengkapkan 1.9 aksi gelecek dalam masa 90 minit.
Dia dilihat sebagai anak muda berdarah Belgium yang bakal menggegarkan dunia.
Tetapi semuanya berubah apabila Louis Van Gaal mengambil alih kerusi panas United selepas David Moyes dipecat. Van Gaal nyata bukan orang yang menghargai bakat Januzaj dan dengan perubahan taktikal pada permulaan musim, Januzaj tidak banyak beraksi.
Januzaj hanya bermain selama 850 minit pada kempen 2014/15 serta gagal merekodkan sebarang gol atau bantuan gol sebelum memilih untuk keluar secara pinjaman ke Borrusia Dortmund pada musim 2015/16.
Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah ungkapan terbaik buat Januzaj yang gagal menyerlah selama musim dia bersama Dortmund. Lebih memeritkan buat Januzaj adalah tempoh pinjaman dipendekkan setelah hanya beraksi dalam tiga perlawanan.
Januzaj seterusnya bergerak ke Sunderland pada musim 2016/17, di mana Januzaj mendapat lebih masa bermain apabila merekodkan tiga bantuan gol. Tetapi gagal untuk membantu kelab tersebut sehingga terkeluar daripada Liga Perdana Inggeris.
Dilihat sebagai bakal bintang masa depan yang mampu berdiri setaraf dengan lagenda United, Ryan Giggs, dia akhir dijual ke Sepanyol selepas Jose Mourinho mengambil alih tampuk pengurusan United.
Kehilangan konsistensi dalam persembahan dan kecederaan yang panjang sedikit demi sedikit telah membunuh Adnan Januzaj.
Sepanyol menjadi saksi kebangkitan
Januzaj akhirnya membuat perpindahan ke La Liga dengan menyertai Real Sociedad pada musim panas 2017. Misi utama Januzaj adalah untuk mengembalikan persembahannya sewaktu permulaan musim dengan United dan akhirnya tidak dikecewakan.
Berjaya mencatat rekod bantuan gol sebanyak 3.4 di setiap perlawanan, menjaringkan empat gol dan mencatat enam bantuan gol adalah rekod yang baik sejak permulaan musim bersama Sociedad.
Secara fakta, persembahan Januzaj semakin meningkat setelah diberi masa lebih untuk bermain dan hampir menyamakan rekod sewaktu Januzaj di United.
Kecekapan dalam mengawal bola telah menjadikan Januzaj antara lima pemain yang mempunyai rekod gelecek yang baik. Januzaj seolah kembali sebagai mimpi buruk buat pertahanan lawan apabila mampu bergerak ke dalam dan luar barisan pertahan disebabkan dia mampu mengawal bola dengan kedua-dua kaki dan mempunyai keseimbangan badan yang baik
Januzaj adalah seorang pemain yang sering memegang bola terlalu lama disebabkan dia mahu melihat peluang untuk mencipta gol atau bantuan gol. Dengan 1.5 hantaran berkesan selama 90 minit perlawanan dan 2.3 hantaran panjang sepanjang 90 minit perlawanan menunjukkan bahawa Januzaj bersemangat untuk mencuba hantaran yang bertukar menjadi gol.
Hantaran Januzaj dilihat agak menurun pada musim ini, di mana dia merekodkan 75.3% hantaran tepat kepada rakan sepasukan. Rekod yang mencatat penurunan ini dipercayai adalah kerana Januzaj mencuba untuk membuat hantaran-hantaran berbahaya.
Perjalanan yang masih jauh dan panjang
Anak muda Belgium sebaya Januzaj semuanya didedahkan dengan suasana yang baik. Daripada hari dia dipinjamkan keluar, Januzaj telah menunjukkan peningkatan dan membuktikan bahawa dia mampu untuk kembali.
Untuk berkembang menjadi pemain yang hebat seperti permulaan musim dengan United, Januzaj semestinya perlu lebih berkerja keras terutamanya ketika melangsaikan peluang yang terhidang di hadapan gol dan posisi dia ketika pasukan bertahan daripada asakan lawan.
Pada umur 24, Januzaj masih dikira muda dan sedang berkembang menjadi pemain yang baik, di mana dia dianggap antara pemain sayap yang paling baik ketika ini di Sociedad.
Beberapa musim lagi, jika dia terus menunjukkan aksi yang baik, mungkin dunia bolasepak akan melihat kebangkitan pemain muda kelahiran Belgium.
Sumber : squawka.com / footballbh.net