Malaysia Berita

Ifwat Ambil Sikap Rendah Diri

Ifwat Akmal Che Kassim mengambil sikap merendah diri atas panggilan beliau untuk menyertai skuad kebangsaan kendalian, Tan Cheng Hoe yang bakal menghadapi kejohanan Piala AIRMARINE 2019.

Kejohanan yang bakal disertai empat negara – Singapura, Oman, Afghanistan – termasuk Malaysia bakal memulakan tiupan wisel pertama pada 20 Mac nanti, di mana Cheng Hoe menyenaraikan separuh daripada skuadnya adalah muka baharu.

Bagi penjaga gawang pasukan Kedah, beliau tetap berbangga dengan panggilan untuk menyertai skuad negara tetapi tidak menolak bahawa terdapat saingan kuat untuk menyarung jersi negara .

“SAYA bersyukur dan gembira selepas tersenarai dalam skuad kebangsaan kerana menganggap ramai lagi calon yang layak,” katanya kepada Arena Metro.

“Saya juga anggap ini langkah kanan 2019 dan mahu mengambil cabaran untuk berusaha lebih kuat lagi demi kejayaan negara.

“Memang menjadi impian untuk mana-mana pemain mewakili negara dan apabila dipanggil merupakan peluang untuk saya melonjakkan prestasi tahun ini,” katanya.

Beliau turut menghormati dua penjaga gol,  Khairul Fahmi Che Mat (Apek), 30, yang beraksi untuk Melaka United dan Hafizul Hakim, 26, yang kini bersama Perak FA.

“Kedua-dua penjaga gawang yang dipilih juga sangat hebat dan berpengalaman. Saya perlu bersaing dan berusaha lebih keras untuk mendapat tempat.”