Berita Asian Cup

Hajime Moriyasu Tak Kejar Rekod Peribadi

Pengendali skuad Jepun, Hajime Moriyasu bakal menjadi menjadi orang pertama yang memenangi Piala Asia sebagai jurulatih dan pemain sekiranya pasukan beliau berjaya menundukkan Qatar pada perlawanan akhir hari ini.

Beliau adalah sebahagian daripada skuad Jepun yang memenangi Piala Asia edisi 1992 buat pertama kali ketika mereka berjaya menewaskan Arab Saudi. Selepas itu, Jepun terus berdiri gah menuntu trofi tersebut pada tahun 2000, 2004 dan 2011 untuk menjadi negara Asia yang paling cemerlang pada kempen Piala Asia.

Tetapi bagi beliau, penghargaan individu bukanlah misi utama beliau hadir ke sini. Beliau lebih mahu menyelesaikan tugasan akhir bagi memenangi Piala Asia buat kali ke lima.

“Esok sebagai satu pasukan kami ingin mencuba membawa trofi pulang ke rumah, tetapi saya tidak terlalu berminat dengan penghargaan individu,” kata bekas pemain tengah itu. “Saya hanya mahu meraikan gelaran dengan semua pasukan dan kami akan melakukan yang terbaik dalam latihan juga.

“Saya boleh mengatakan bahawa ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Kami sudah bermain enam perlawanan dan kami tahu mereka adalah lawan yang kuat, jadi kami mempunyai satu lagi perjuangan untuk melakukannya dan kami akan melakukannya dengan tekad supaya pemain kami boleh mempunyai prestasi terbaik di lapangan. ”

Jepun bakal menghadapi misi sukar bertemu Qatar yang telah menjaringkan 16 gol dan mempunyai rekod tanpa bolos sepanjang kempen ini berlangsung.

Justeru, bagi Moriyasu, disiplin dan motivasi adalah kunci untuk menundukkan skuad muda Qatar.

“Kami menyedari bahawa mereka adalah pasukan yang sangat kuat, mereka telah menjaringkan 16 gol dan mempunyai rekod tanpa bolos, tetapi tidak kira bagaimana mereka bermain, kami akan tetap sama,” katanya. “Kami akan menganalisa mereka dan kemudian kami akan meluahkan yang terbaik di padang.

“Kami juga merupakan pasukan yang telah mencapai final beberapa kali, jadi saya mahu pemain yakin dengan itu. Kami telah membangunkan sebagai satu pasukan sepanjang setiap perlawanan dan saya mahu kami menunjukkan perkembangan itu esok.”

Sumber : the-afc.com