Eropah Berita

Real Madrid Pesta Gol

Isco yang dikritik teruk oleh pengamal media di sini diatas prestasi semasa beliau berjaya mengetepikan kritikan tersebut apabila menjarinkan dua gol untuk membantu Real Madrid mengatasi kelab Melilla 6-1, awal pagi tadi.

Kemenangan ini menjadikan jaringan agregat 10-1 dan Real Madrid mengesahkan tempat ke 16 terbaik pasukan terakhir Copa del Rey.

Real Madrid yang dilanda isu prestasi selepas ketiadaan Cristiano Ronaldo sebelum ini telah meletakkan sebelah kaki ke pusingan 16 terbaik apabila mengatasi kelab kerdil Melilla 4-0 pada aksi pertama bulan lalu.

Pengurus juara 19 kali Copa del Rey, Santiago Solari membuat 10 pertukaran dengan merehatkan pemain utama yang menang 2-0 ke atas Valencia minggu lalu pada aksi saingan La Liga.

Ketiadaan Thibout Courtais, pemenang Ballon d’Or – Luca Modric, Gareth Bale, Sergio Ramos dan Karim Benzema tidak menjadi masalah buat gergasi Sepanyol itu apabila berjaya menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama menerusi Marco Asesio dan satu menerusi Javi Sanches bagi mendahului 3-0. 

Pada separuh masa kedua, Isco menambah duka Melilla apabila menjaringkan dua gol dan gol terakhir daripada Vinicius Junior melengkapkan kemenangan 6-1.

Manakala gol pelawat dijaringkan oleh Yacine Qasmi.