Eropah Berita

Aksi Ligue 1 Batal Atas Nasihat Polis

Bantahan anti kerajaan yang sudah mula merebak ganas membuatkan pihak berkuasa Perancis terpaksa membatalkan aksi bola sepak tempatan diantara kelab St Etienne dan Olypqiu de Marseille minggu ini.

Dalam satu kenyataan media, pihak Ligue 1 atas nasihat pihak berkuasa tempat terpaksa membatalkan perlawanan tersebut atas sebab keselamatan.

Dalam masa yang sama, pembatalan ini juga melibatkan perlawanan diantara Monaco menentang Nice. Manakala perlawanan pada Sabtu ini melibatkan Paris St Germain turut dibatalkan.

Walaubagaimanapun, Persatuan Bolasepak Perancis tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi sama ada pembatalan ini akan melibatkan keseluruhan perlawanan aksi hujung minggu ini atau minggu berikutnya.