Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Thailand Lawan Malaysia Di Peringkat Separuh Akhir

Malaysia bakal bertemu Thailand pada peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 apabila mereka berjaya menewaskan Singapura, 3-0 semalam.

Perlawanan diantara Malaysia dan Thailand akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 December, Sabtu ini manakala perlawanan timbal balik akan berlangsung pada 5 Disember ini di Stadium Rajamangala, Thailand.

Kali terakhir Malaysia bertemu Thailand adalah pada aksi final Piala AFF Suzuki  edisi 2014 di mana pasukan skuad negara tewas dengan agregat 3-4.

Thailand yang turun ke Stadium Rajamangala semalam bagi melayani Singapura membuka jaringan pada minit ke-12 melalui gol sendiri pemain Singapura, Irfan Fandi. Thailand terus menambah luka Singapura apabila meledakkan gol ke dua pada minit ke-23 melalui Supachai Jaided, manakala Adisak Kraison melengkapkan kemenangan Thailand dengan gol ke tiga di akhir minit pelawanan.

Untuk rekod, Filipina mengiringi Thailand sebagai naib juara Kumpulan B dan bakal bertemu Vietnam di peringkat separuh akhir.