Malaysia Berita

Tan Cheng Hoe Mahu Anak Buah Ambil Jalan Mudah

Dengan dua kemenangan dalam dua perlawanan peringkat Kumpulan A pada kempen Piala AFF Suzuki 2018, skuad negara diingatkan untuk menggunakan jalan mudah bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Pada perlawanan ketiga nanti bertemu Vietnam di Hanoi, skuad negara perlu menang bagi mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir.

Selepas merekodkan 6 mata dalam dua perlawanan berturut-turut, pemain negara ternyata bersemangat untuk meneruskan rentak kemenangan ketika bertemu Vietnam nanti.

Tetapi ianya bukan kerja mudah bagi skuad negara yang pernah tewas 1-0 ke atas Vietnam dua tahun lalu.

“Vietnam pasukan pilihan dan sudah tentu kita kena buat perubahan dalam cara permainan kita nanti. Kita juga tidak boleh hanya bertahan selama 90 minit permainan kerana Vietnam memiliki corak hantaran yang baik.

“Kita juga perlu menyerang untuk memenangi perlawanan itu,” katanya dalam sidang media selepas aksi menentang Laos malam tadi.

Untuk rekod, pasukan negara berjaya menumpaskan Vietnam pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada saingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 dengan Malaysia berjaya mengalahkan tuan rumah 4-2.