Malaysia Berita

JDT Ke Pentas Liga Juara-Juara Asia

Selepas mencipta sejarah dengan memenangi AFC Cup pada tahun 2015, Johor Darul Ta’zim sekali lagi menempa nama dalam arena bola sepak tanah air apabila JDT sah akan bertanding dalam saingan Liga Juara-Juara Asian (ACL) pada tahun depan.

JDT adalah pasukan pertama daripada Malaysia yang sah untuk beraksi di ACL, salah satu kejohanan tertinggi peringkat Asia dan akan berdepan dengan 15 kelab elit yang lain.

JDT yang telah memenangi lima gelaran Liga Super sedang mempersiapkan pasukan bagi menghadapi ACL yang akan berlangsung musim hadapan.

“Tujuh lagi slot automatik akan diisi oleh kelab dari Korea Selatan, Jepun dan China manakala empat lagi tempat bakal diisi oleh pasukan yang bersaing di peringkat ‘play-off’.

“JDT pastinya akan mempersiapkan pasukan sebaik mungkin bagi menghadapi cabaran yang hebat ini,” jelas kenyataan kelab juara Piala AFC 2015 itu.

Selain daripada itu, melalui kenyataan di Facebook rasmi JDT, selain daripada JDT lima kelab lain turut menempah slot ke ACL, antaranya Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan), Sydney FC (Australia), Melbourne Victory (Australia) dan Buriram United (Thailand).

Sebelum itu, JDT telah mengikat bekas pertahanan Lazio bagi persedian awal menghadapi ACL.