Malaysia Berita

TFC II Lakar Sejarah

Tengku Hazman Raja Hassan, jurulatih Terengganu FC II (TFC II) melakar sejarah apabila membawa pulang Piala Cabaran buat pertama kalinya selepas Berjaya menewaskan UKM 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Akanni Sunday, penyerang tinggi lampai TFC II muncul wira pasukan apabila beliau berjaya meledakkan dua gol.

TFC II bermula garang apabila kerap kali menguji penjaga gol pihak lawan dan hampir mendahului menerusi percubaan menarik Bruno Suzuki pada minit ketiga.

Pada minit keempat giliran UKM pula mengatur serangan apabila mereka hampir berjaya mendapat gol pendahuluan apabila rembatan Mohd Irwan Syazmin Wahab dari luar kotak penalti gagal menerjah gawang.

Wasiu yang tidak dijaga dengan tenang menanduk masuk gol hasil hantaran Andrew Anderson pada minit ke-21 untuk memberi kedudukan yang selesa kepada tuan rumah.

Gol kedua hadir apabila Wasiu merempat kencang mengalahkan penjaga gol UKM pada minit ke-53 untuk gol kedua beliau.

Kemenangan ini  menyaksikan TFC II pulang dengan RM250,000 sebagai hadiah tempat pertama, manakala UKM sekadar berpuas hati dengan meraih RM75,000 dengan hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Sebelum ini, pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi final pertama 8 Oktober lalu di Stadium Shah Alam.