Malaysia Berita

Kami Masih Menunggu Dana Dari Kerajaan – NFDP

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Safirul Azli Abu Bakar berkata segala perancangan dan operasi Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) untuk tahun hadapan hanya akan dirancang selepas mengetahui nilai dana yang akan diberitahu jumlahnya awal November ini.

Berkata kepada Berita Harian, walaupun NFDP akan tetap diteruskan. Tetapi beliau menganggap segala pelan operasi NFDP hanya boleh ditetapkan selepas mengetahui jumlah dana yang akan disuntik oleh kerajaan.

“Sebab itulah kita belum putuskan mengenai struktur dan program yang akan dijalankan tahun depan kerana semuanya bergantung pada dana yang akan diputuskan kerajaan.

“Jika kita putuskan sekarang, namun selepas ini kita tidak mendapat dana yang secukupnya, sudah tentu sukar untuk kita menjalankan perancangan sudah disusun. Jadi kami pastikan komitmen daripada segi dana itu dulu barulah kita putuskan selepas ini,

“Apapun, kita akan bersedia dengan pelbagai kemungkinan dan pelan sokongan tetap akan difikirkan sekiranya kita berdepan kekangan kewangan untuk tahun depan,” katanya kepada Berita Harian.