Luar Negara Berita

England Hukum Spain

Gareth Southgate, jurulatih England memuji pasukannya yang turun bermain dengan semangat yang tinggi untuk menang 3-2 ke atas Sepanyol dalam Liga Negara-Negara Eropah.

England mendahului 3-0 menerusi Raheem Sterling dan dua gol daripada Marcus Rashford sebelum pemain gantian Sepanyol, Paco Alcacer dan kapten Sergio Ramos menjaringkan dua gol untuk tuan rumah.

“Kualiti persembahan yang sangat baik, kami bermain dengan keberanian, kami memegang bola tanpa rasa takut,” Southgate memberitahu sidang akhbar.

“Apabila lawan anda mempunyai kualiti yang baik dan kami cuba untuk mengalahkan mereka. Mereka pula akan berusaha menyingkirkan kami seperti yang mereka lakukan dalam tempoh tujuh minit terakhir. Kami menunjukkan kualiti sebenar.”

“Saya fikir ini adalah perlawanan yang bagus untuk pemain muda, anda perlukan kemenangan dan pengalaman positif untuk memberikan keyakinan kepada mereka,” tambah Southgate.