Malaysia Berita

Anak Buah Bojan Hodak Sudah Bersedia

Jurulatih Bawah-19 (B-19) Negara, Bojan Hodak mengekalkan sebahagian  besar skuad pemenang AFF B-19 di Indonesia pada Julai lalu dengan mengekalkan 15 pemain bagi menghadapai Kejohanan AFC B-19 di Indonesia dari esok hingga 4 Nov.

Pengendali daripada Crotia itu juga memanggil tujuh muka baru antaranya Syakir Danial, Azhar Apandi, Ammar Akhmall Alias, Ramadhan Saifullah Usman, Izreen Izwandy, Al-Imran Abdul Halim dan Arif Shaqirin Suhaimi.

Pasukan kebangsaan yang akan memulakan latihan pusat di Bekasi, diundi dalam Kumpulan D akan memulakan kempen Kejohanan AFC bertemu Arab Saudi pada Sabtu ini sebelum bertemu Tajikistan pada 23 Oktober dan China pada 26 Oktober.

Hodak berkata, pendedahan awal dengan perlawanan persahabatan bertemu pasukan dari timur tengah sebelum ini akan dijadikan sebagai motivasi untuk mengalahkan mereka.

Hodak berkata enam perlawanan persahabatan pasukan terakhir menentang pasukan Timur Tengah telah mendedahkan pemain mengenai apa yang diharapkan dari Arab Saudi.

“Pemain sudah terdedah dengan permainan pasukan dari Timur Tengah, mereka tahu apa yang perlu dilakukan sekarang terhadap mereka,” kata Hodak.

“Kami mungkin kalah pada perlawanan itu, tetapi prestasi pasukan lebih baik daripada keputusan.”