Luar Negara Berita

Bolt Ke Eropah?

Selepas menjaringkan gol pertama beliau, lelaki paling laju di dunia, Usain Bolt boleh terus menempah tiket penerbangan untuk berlepas dari Central Coast Mariners (CCM)  untuk mengambil tawaran berpotensi di Eropah, menurut laporan.

Bolt menjaringkan gol pada perlawanan dengan Macarthur South West United pada malam Jumaat yang lepas dimana pasukan lawan yang terdiri daripada bakat-bakat muda NPL.

Laporan Daily Telegraph melaporkan bahawa Bolt telah mendapat tawaran rasmi dari sebuah kelab Eropah dalam perjanjian selama dua tahun.

Bolt telah membuat tiga penampilan untuk Mariners sejak menyertai kelab itu secara percubaan.

Dia bermain 20 minit pada perlawanan percubaan pertamanya sebelum memulakan permainan malam Jumaat lepas, di mana dia menjaringkan dua gol pada babak kedua.

Bolt yang masih dalam status percubaan di Mariners dan dengan Central Coast Mariners masih dalam peringkat perbincangan sama ada untuk menandatangani beliau sebelum kontrak rasmi – yang mungkin memerlukan sumbangan dari Persekutuan Bola Sepak Australia.

Tawaran daripada Eropah melaporkan, Bolt berpontesi dipilih tanpa perlu melalui tempoh percubaan.

Dikhabarkan juga, pihak Central Coast Mariners memberi kebenaran kepada Bolt untuk mengadakan perbicangan dengan pihak di Eropah.