Luar Negara Berita

Saya Kecewa Dan Mahu Bersara – Koscielny

Pemain pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny mengumumkan bersara daripada karier antarabangsanya dengan Perancis dan mengkritik pengurus pemenang Piala Dunia, Didier Deschamps.

Koscielny memberitahu Canal + ; “Saya fikir saya telah memberikan segalanya yang saya ada untuk Perancis. Kecederaan saya tidak mengubah keputusan saya. Tugas untuk Les Bleus sudah selesai. “

Sebelum ini, dia mengumumkan niatnya untuk bersara dari aksi antarabangsa bersama Perancis pada November 2017 tahun lalu, tetapi mengesahkannya pada hari Ahad lalu ketika dia menjelaskan kekecewaan beliau tidak dapat beraksi pada Piala Dunia yang lepas.

“Kemenangan Perancis pada piala dunia yang lepas lebih mnyekitkan hati saya daripada kecederaan yang dialami oleh saya,” katanya.

Koscielny juga tidak terlepas mengkritik Deschamps, jurulatih Perancis yang baginya tidak mengambil berat terhadap para pemain. “Dia hanya menelefon saya sekali pada ulang tahun kelahiran saya pada bulan September. Selepas itu, tiada apa-apa khabar.”

“Ramai orang mengecewakan saya. Bukan sahaja jurulatih. Rasanya seperti dihentak dengan batu yang keras di kepala. Apabila anda berada dalam keadaan yang baik, anda mempunyai banyak kawan. Apabila anda cedera … selepas tempoh tertentu, anda dilupakan.”

Koscielny, yang mempunyai 51 caps, cedera dalam kekalahan separuh akhir Arsenal Liga Europa menentang Atlético Madrid pada Mei dan masih pulih.