Malaysia Berita

KAFA Mohon Bantuan

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) melancarkan tabung khas sebagai inisiatif bagi memohon bantuan daripada umum khususnya peminat pasukan The Red Warriors.

Datuk Seri Afandi Hamzah, Timbalan Presiden KAFA berkata pihak KAFA tidak mahu berselindung disebalik isu kekurangan dana bagi menstabilkan pasukan bagi musim depan.

Memetik kata-kata beliau pada Berita Harian, “Berikutan permasalahan dihadapi KAFA, kami tidak segan untuk menyatakan kini sedang menghadapi masalah kewangan bagi mengharungi saingan musim depan serta menyelesaikan apa-apa perkara untuk tahun ini.

“Jadi kongres (semalam) sudah menzahirkan rasa simpati dengan apa yang dialami dan membuat ketetapan supaya KAFA melancarkan satu tabung bagi tujuan pemulihan kewangan.

“Pihak yang berhasrat membantu boleh menyumbang melalui tabung itu dan saya rasa inisiatif ini cukup baik kerana kami sediakan satu platform secara terus ke akaun KAFA,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun Bank Islam 03111010167936 atas nama Persatuan Bolasepak Kelantan.