Luar Negara Berita

Zlantan Percaya Pada Kemampuan Mourinho

Bekas pemain Manchester United, Zlantan Ibrahimovic percaya bahawa Mourinho mempunyai segala kemampuan untuk membawa Manchester United bangkit kembali.

Penyerang LA Galaxy ini percaya bahawa bekas pengurusnya itu mampu untuk membawa kembali kejuaraan liga ke Old Trafford sambil menegaskan bahawa bukan pengurusa sahaja yang sepatutnya datang dengan mentaliti juara, tetapi pemain juga perlu hadir dengan mentaliti juara.

Bekas penyerang Red Devils memberitahu The Mirror: “Saya rasa dia mempunyai keupayaan untuk memenangi [Liga Perdana].

“Saya rasa dia adalah jurulatih yang betul untuk kelab itu, untuk pasukan itu.

“Tetapi jurulatih tidak dapat berbuat apa-apa jika pasukannya tidak mempunyai semangat untuk berjuang, jadi dia tidak boleh melakukan keajaiban jika pasukannya tidak cukup baik.

“Dan saya rasa pasukannya sekarang semakin bagus – ia semakin maju, menjadi lebih baik.

“Ini adalah tahun ketiga, pemain tahu lebih banyak cara dia mahu bermain dan bagaimana dia mahu melakukannya – jadi saya percaya, ya.”

Jose Mourinho terus ditekan pihak media dan peminat selepas pemain serta pihak pengurusan dilihat seolah-olah telah hilang kepercayaan terhadap beliau. Sebelum itu, pada perlawanan menentang Newcastle pada minggu lalu panas diperkatakan bahawa beliau akan dipecat daripada kerusi pengurusan.