Luar Negara Berita

‘Tuduhan rogol ke atas Ronaldo berdasarkan dokumen palsu’ – Peguam

Dokumen mengenai tuduhan rogol yang dibuat terhadap Cristiano Ronaldo adalah “palsu sepenuhnya”, menurut peguam beliau.

Ronaldo, 33, menyangkal dakwaan Kathryn Mayorga, bahawa beliau telah diserang oleh pemain bola sepak tersebut di sebuah bilik hotel di Las Vegas pada tahun 2009.

Satu kenyataan dari peguam Ronaldo, Peter Christiansen mengulangi bahawa penyerang Juventus, “dengan tegas menyangkal semua tuduhan dalam tindakan sivil ini”.

Ronaldo sebelum ini menolak tuduhan yang dilaporkan oleh majalah Jerman Der Spiegel, sebagai “berita palsu” dan wakilnya berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah tersebut.

Christiansen berkata bahawa majalan Jerman Der Spiegel adalah “saluran media yang tidak bertanggungjawab” berdasarkan laporannya mengenai “dokumen digital yang dicuri dan dimanipulasi” di mana “bahagian penting telah diubah dan / atau sepenuhnya direka”.

Christiansen menambah: “Walaupun Cristiano Ronaldo sudah terbiasa dengan perhatian media kerana dia adalah seseorang yang dikenali ramai, tetapi sangat menyedihkan apabila media terus menyebarkan  fitnah yang disengajakan hanya berdasarkan dokumen digital yang dicuri dan dimanipulasi.” – BBC