Luar Negara Berita

Villa Lantik Smith, Terry.

Aston Villa telah melantik Dean Smith sebagai ketua jurulatih barun, dengan bekas pemain pertahanan, John Terry dilantik sebagai pembantunya.

Lantikan Smith telah disahkan secara rasmi oleh Villa malam tadi selepas kelab itu memecat Steve Bruce minggu lalu selepas mencatat keputusan buruk dalam beberapa perlawanan liga.

Walaupun mempunyai beberapa nama lain, seperti Thierry Henry, Villa memilih untuk melantik Smith kerana mengambil kira jurulatih tersebut tahu serta faham tentang sistem kelab itu selain Smith adalah penyokong setia kelab tersebut.

Rundingan di antara Smith dan Villa telah berlangsung pada Rabu lalu. Dengan Christian Purslow, Ketua Eksekutif Kelab, telah mengetuai proses temuduga dan pelantikan Smith mempunyai sokongan penuh pemilik Nassef Sawiris dan Wes Edens.

Smith yang sebelum ini melatih Brentford adalah calon terbaik untuk menggemudi Villa setelah prestasi beliau yang memberangsangkan di Brentford.

Sementara itu, John Terry yang mengumumkan perasaraan beliau sebagai pemain bolasepak akan menjadi pembantu Smith. Pemain berusia 37 tahun ini yang pernah beraksi untuk Chelsea dan juga kapten Villa pada musim lepas dilihat akan menggunakan pengalaman beliau untuk membantu Smith.

Purslow berkata: “Ketiga-tiga pelantikan ini merupakan permulaan era dan arah baru di Aston Villa dan kami gembira untuk mendapatkan perkhidmatan mereka selepas beberapa pencarian.

“Dean mempunyai falsafah kejurulatihan yang jelas dan berjaya serta mempunyai  pemahaman yang luas tentang kelab ini. Pihak Lembaga Kelab mengalu-alukan beliau ke kelab ini dan tidak sabar untuk bekerjasama dengannya dan kakitangannya.

“John adalah salah satu pemain yang paling terkenal dalam bola sepak Inggeris, mempunyai hubungan dengan kelab dan sudah bersedia untuk membuat langkah seterusnya dalam kerjayanya bekerja bersama Dean.”

Selain daripada itu, Villa juga telah melantik Jesus Garcia Pitarch sebagai pengarah sukan baru mereka. – The Telegraph