Malaysia Berita

Sumareh Akui Tertekan, Mahu Bantu Malaysia Catat Kemenangan.

Mohamadou Sumareh, pemain naturalisasi pertama negara mengakui sedikit tertekan sejak di pilih untuk menyarung jersi kebangsaan, tetapi beliau menganggap perkara itu sebagai sebuah cabaran untuk meraih kemenangan.

Pemain Pahang itu juga menyatakan bahawa buat masa ini fokus beliau bukanlah untuk mencari jaringan peribadi tetapi mahu membantu pasukan mencatat kemenangan pada aksi persahabatan nanti.

“Memang wujud tekanan, namun ia dianggap sebagai cabaran yang harus dilunaskan demi meraih kejayaan terbaik buat skuad Harimau Malaya pada penyertaan sulung saya.

“Saya tidak memikirkan jaringan peribadi pada perlawanan pertama Jumaat ini, sebaliknya mahu memastikan kemenangan pasukan tanpa kira siapa yang meledak gol.

“Namun, jika mampu mencipta gol sudah pasti dianggap bonus da motivasi untuk saya bersama skuad negara,” katanya kepada Berita Harian.

Pemain kelahiran Gambia yang sudah menetap di Malaysia sejak berumur 13 tahun ini bakal diturunkan pada perlawanan persahabatan bertemu Sri Lanka di Colombo Sabtu ini dan Kyrgyzstan (16 Oktober) di Stadium Hang Jebat, Melaka.

“Begitu juga aksi kedua di gelanggang sendiri pada 16 Oktober ini di Melaka dan sesuatu yang positif perlu diterjemahkan,” kata Sumareh.

“Apa yang menarik, semua pemain yang terpilih memiliki kualiti, pengalaman dan keistimewaan masing-masing, malah komitmen tinggi mereka memberi impak terhadap kejayaan pasukan negara pada perlawanan persahabatan dan aksi sebenar kelak (AFF).” Katanya kepada Berita Harian.