Piala Malaysia Berita

Durakovic Enggan Berputih Mata

Mehmet Durakovic, jurulatih skuad The Bos Gaurus, enggan mendabik dada biar apapun tanggapan pihak lain terhadap lawannya pada separuh akhir Piala Malaysia bertemu Sabah.

Beliau berkata, kejayaan Sabah menempah slot 4 pasukan terbaik telah membuktikan bahawa Sabah sebuah pasukan yang perlu di beri perhatian walaupun datang dari Liga Perdana.

“Bagi mana-mana pasukan yang mampu mara sebegini jauh bererti ia pasukan yang mempunyai kewibawaan dan perwatakan.

“Jadi saya sekali-kali tidak pandang mudah Sabah. Mereka mempunyai pemain tempatan dan import berkaliber,” katanya.

Durakovic juga mengingatkan kepada anak buahnya agar tidak terlalu selesa dan bersedia untuk perlawanan pertama di Stadium Perak dan perlawanan timbal balik di Stadium Likas pada 21 Oktober nanti.

“Sabah pasukan yang bagus dan bersemangat juang tinggi,” katanya.

Begitupun Durakovic berharap pasukan Yob mampu mengulangi persembahan bertenaga seperti ketika menentang PKNS FC, Ahad lalu.

“Ia persembahan terbaik setiap anggota pasukan dan saya berharap mereka mampu mengulanginya di separuh akhir,” katanya.