Piala Malaysia Berita

Nidzam jangkakan perlawanan sengit dengan PDRM

Felda United sebelum ini mencatat keputusan seri pada aksi pertama Piala Malaysia bakal turun memburu tiga mata penuh pada perlawanan kedua, hari ini.

Keputusan seri ketika menentang Selangor pada aksi Kumpulan D sememangnya boleh dibanggakan tetapi untuk mencatat kemenangan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus menjadi fokus utama pasukan.

Justeru, Felda perlu memastikan perlawanan malam ini berpihak kepada mereka.

Tetapi bagi pengendali Felda, Mohd Nidzam Jamil tidak mahu terlalu yakin kerana percaya PDRM mampu mencipta kejutan jika pemainnya tidak fokus.

“Saya jangkakan perlawanan sengit bakal disaksikan di Stadium Hang Jebat kerana PDRM juga mahu mencatat kemenangan di tempat sendiri.

“Bagi FELDA United pula, kami mahu memanfaatkan dua perlawanan di tempat lawan dengan kutipan mata seperti dilakukan ketika seri 2-2 berdepan Selangor.” Katanya kepada BH Sukan.