Luar Negara Santai

Mengimbau pertemuan Brazil dan Belgium ketika Piala Dunia 2002

Kemenangan 2-0 ke atas Mexico pada pertemuan pusingan 16 membolehkan Brazil mara ke saingan suku akhir Piala Dunia 2018. Menanti mereka di saingan itu adalah pasukan Belgium, yang dipenuhi dengan pemain berbakat dan hebat.

Skuad Selecao bermula dengan perlahan ketika kempen ini namun mereka menunjukkan peningkatan perlawanan demi perlawanan sesuai dengan label pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2018.

Mengimbau kepada pertemuan di antara Brazil dan Belgium sebelum ini, kedua-dua pasukan pernah bertemu sebanyak 4 kali. Kesemuanya merupakan pertemuan perlawanan persahabatan antarabangsa melainkan ketika tahun 2002, pertembungan di kejohanan Piala Dunia.

Pertemuan mereka ketika itu pada saingan pusingan 16, menyaksikan Ronaldo dan rakan-rakan berjaya membenam cabaran Belgium dengan jaringan 2-0.

Ketika di awal permainan, penjaga gol Brazil  beberapa kali diuji oleh penyerang Belgium. Manakala, De Vlieger juga turut bertindak cemerlang dalam menafikan percubaan skuad samba pada separuh masa pertama.

Namun Rivaldo merembat satu gol cantik untuk gol awal pasukan Brazil pada minit ke-67. Berbaki 3 minit sebelum masa tamat, penyerang sensai, Ronaldo menjaringkan gol untuk mengesahkan kemaraan Brazil ke saingan suku akhir.

Berikut merupakan beberapa statistik menarik pertemuan Brazil dan Belgium ketika Piala Dunia 2002 lalu:

Kesebelasan utama Brazil

Marcos (GK), Cafu, Lucio, Roque Junior, Edmilson, Carlos, Gilberto, Juninho Paulista (Denilson 57), Rivaldo (Ricardinho 90), Ronaldinho (Kleberson 81), Ronaldo.

Pemain simpanan: Belleti, Ceni, Dida, Edilson, Junior, Kaka, Luizao, Polga, Vampeta.

Kesebelasan utama Belgium

De Vlieger (GK), Van Kerckhoven, Van Buyten, Peeters (Sonck 73), Simons, Wilmots, Goor, Verheyen, Vanderhaeghe, Walem, Mpenza.

Pemain simpanan: Boffin, De Boeck, Deflandre, Englebert, Herpoel, Strupar, Thijs, Van Der Heyden, Van Meir, Vandendriessche, Vermant.

Percubaan yang dilakukan

Brazil berjaya melakukan 14 percubaan ke arah gawang Belgium, manakala skuad Red Devils berjaya melakukan 13 percubaan. Daripada jumlah itu, Brazil berjaya mencatat 4 percubaan tepat dan Belgium pula 5 percubaan tepat ke sasaran.

Penguasaan bola

Pada perlawanan tersebut Brazil berjaya menguasa sebanyak 54% penguasaan bola berbanding Belgium yang merekodkan sekitar 46%. Sebuah perlawanan yang boleh dikatakan agak seimbang dari segi penguasaan bola

Sepakan penjuru

Dengan kedua pasukan mencatatkan angka percubaan dan penguasaan bola yang hampir seimbang, mereka juga memperoleh angka sepakan penjuru yang hampir sama. Brazil memperoleh 6 sepakan penjuru dan Belgium pula memperoleh 7 sepakan penjuru.

Disiplin

Berdasarkan statistik, Brazil telah melakukan kekasaran sebanyak 14 kali dan Belgium pula 17 kali. Dan 1 kad kuning dilayangkan oleh Prendergast dari Jamaica kepada Brazil dan juga Belgium.