Malaysia Berita

JDT II Dikejutkan UKM FC

Johor Darul Ta’zim di tunjuk jalan keluar oleh UKM FC untuk mara ke pentas final Piala Cabaran dengan kemenangan 1-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Pada aksi separuh akhir pertama, 24 September, skuad kendalian Sulaiman Hussin mencatat keputusan 1-1.

Jaringan tunggal Faiz Hanif Adnan memastikan pelawat menang dengan agregat 2-1.

JDT II gagal memanfaatkan peluang terbaik pada minit ke-12 apabila bola tandukan Bruno Soares hanya sipi dari gawang gol takkala penjaga gol UKM FC, Nor Haziq Mohd Aris sudah pun tertewas.

Permainan daripada kedua-dua pasukan tampak membosankan apabila bola hanya berlegar-legar di ruang tengah padang berbanding untuk melakukan serangan yang menarik dan percubaan bahaya hingga kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat babak pertama.

Pada babak kedua, Ervin Bobab, Pengendali JDT II mengeluarkan Darren Lok yang kurang berkesan dan memasukkan D Saarvindran dengan Rozaimi Abd Rahman mengambil alih tugas selaku penyerang.

Walaubagaimanapun, disebabkan kealpaan benteng tuan rumah, JDT II dihukum pada minit ke-51 selepas Faiz Hanif menolak bola menewaskan penjaga gol, Haziq Nadzli.

Pada minit ke-62, skuad kendalian Sulaiman Hussin hampir menambah jaringan menerusi kapten Asnan Ahmad apabila beliau merembat bola dari jarak 25 meter yang hampir menewaskan Haziq namun bola sekadar sipi dari gawang gol.