Malaysia Berita

TMJ Rancang Bina Pusat Latihan Setaraf Juara Eropah

Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim merancang untuk membina pusat latihan setaraf kelab juara Eropah, Real Madrid.

Tunku Ismail yang lebih di kenali sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyuarakan pendapatnya menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers.

“Ini adalah pusat latihan Real Madrid. Ini projek saya yang seterusnya dan akan dibina di Johor untuk JDT bersebelahan stadium baharu,” kata TMJ yang dimuat naik bersama gambar pusat latihan di Real Madrid.

“Ia akan dilengkapi kemudahan hidroterapi, adaptasi perubahan iklim, gimnasium dan fasiliti latihan yang lain.

“Semua pasukan JDT akan berada di satu lokasi, dari skuad akademi hingga ke skuad senior.”

Perancangan ini dilihat sebagai satu usaha jangka panjang Tunku Ismail dalam perkembangan kelab JDT.

Sekiranya ia menjadi kenyataan, ia akan menjadikan skuad Harimau Selatan sebagai kelab yang memilik fasiliti terbaik di Liga Malaysia.