Malaysia Piala Malaysia

10 pemain yang perlu diberikan perhatian dalam Piala Malaysia 2018

Undian bagi kejohanan Piala Malaysia telah pun dijalankan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada hari Isnin lalu bertempat di Damansara Performing Arts Centre.

Sebanyak 16 pasukan layak untuk bertanding dalam kejohanan ini dengan 11 pasukan daripada Liga Super 2018 dan 5 pasukan daripada Liga Premier 2018.

Hasil daripada undian tersebut, Kumpulan A diisi oleh pasukan Perak, Terengganu FC, Kuala Lumpur dan Felcra FC. Manakala Kumpulan B pula diisi oleh pasukan PKNS FC, Melaka, Felda United FC dan PDRM.

Juara Liga Super 2018 pula diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Kedah, Kelantan dan MISC-MIFA. Manakala kumpulan terakhir, Kumpulan D diisi juara Piala FA 2018, Pahang bersama-sama Selangor, PKNP FC dan Sabah.

Sebagai kejohanan yang berprestij di Malaysia, Piala Malaysia pastinya akan menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak tanah air. Para pemain pula akan cuba memberikan aksi yang terbaik memandangkan kejohanan ini merupakan penutup bagi kalendar bola sepak Malaysia.

Disini, kami senaraikan 10 pemain yang perlu diberikan perhatian dalam kejohanan Piala Malaysia 2018: