Berita Piala Dunia 2018

Prestasi Afrika dalam Piala Dunia 2018: Pertama kali tiada wakil di peringkat kalah mati sejak 1982

Tiada pasukan dari Afrika atau Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) di peringkat kalah mati Piala Dunia 2018 Rusia. Setiap kali edisi Piala Dunia bermula 1986, sekurang-kurangnya sebuah pasukan dari benua afrika bermain di pusingan ini.

Pasukan yang paling hampir pada edisi kali ini adalah Senegal, namun mereka tidak dapat mara setelah menduduki tangga ketiga Kumpulan H walaupun mendapat jumlah mata, perbezaan gol dan jumlah gol yang dicipta sama dengan pasukan Jepun. Ini ekoran mereka mengutip kad kuning lebih banyak berbanding pasukan wakil asia itu.

Manakala Mesir menjadi pasukan yang menunjukkan prestasi paling buruk dalam kalangan negara afrika. Mereka kalah kesemua perlawanan peringkat kumpulan.Tunisia pula menjadi pasukan yang mencatatkan bolos paling banyak. Tetapi mereka juga mencatatkan jaringan tertinggi.

Berikut adalah rumusan prestasi pasukan benua afrika Piala Dunia 2018: